Tuesday, July 26, 2011

Program Peningkatan Prestasi LINUS Tahun 1.









Pada 26 Julai 2011 SKJ3 telah mengadakan Program Peningkatan Prestasi LINUS Tahun 1. Ibubapa murid yg terlibat dengan LINUS selepas saringan 1 dijemput hadir. Tujuan utama program ini adalah untuk memaklumkan kepada ibubapa yang terlibat tentang pelaksanaan Program LINUS dan menjelaskan peranan ibubapa bagi menangani masalah anak-anak mereka. Diharap dengan adanya komitmen daripada ibubapa akan dapat mengurangkan bilangan murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M dan sasaran 100% murid tahun 1 menguasai 3M akhir tahun 2011 akan tercapai.Program telah dirasmikan oleh Pn. Norhainie bt. Abu Bakar,Guru Besar SKJ3.

LADAP SIRI III-SKJ3









Latihan Dalam Perkhidmatan(LADAP) Siri III -SKJ3 telah diadakan pada 23 Julai 2011 bertempat di Dewan Pendita Zaaba,Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM.Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan pengurusan ke arah peningkatan profesionalisme guru-guru di Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2.Slot2 telah disampaikan oleh beberapa orang guru SKJ3 yang telah menghadiri kursus di bawah SBT.Turut sama dalam program tersebut ialah Cik Hasreena bt. Abdul Rahman,Ketua Unit Perancangan dan Pengurusan Prestasi NKRA,KPM dan beliau juga telah memberikan taklimat Pengurusan Prestasi NKRA.

Saturday, July 23, 2011

Bengkel Pembinaan Bahan Kursus Kepada Guru Pemulihan Khas












Bengkel tersebut telah diadakan pada 18-21 Julai 2011 di Hotel Permaisuri Melaka..Memang seronok kerana semua peserta komitmen walaupun diberi tempuh yg singkat utk memebina bahan sebelum pembentangan akhir...Selepas ni kami akan bergerak unutk memberi kursus pula mengikut zon2 termasuk sabah dan sarawak.

Friday, July 15, 2011

BILIK PEMULIHAN SKJ3-2011





































Akhirnya 99% telah siap.....