Monday, September 14, 2009

HAK .....tinggal kenangan....






















Sedihnya rasa terpaksa berpisah dengan kumpulan yang terlibat dengan Projek HAK.
Susah senang kami sentiasa bersama sepanjang program.Rasanya dah banyak ilmu yang telah kami curahkan kepada JU2 Pemulihan Khas untuk Zon Timur,Utara,Tengah,Selatan,Borneo(Sabah & Sarawak).
Kuching sarawak merupakan destanasi terakhir kami..berbagai suka duka kami di sana.Kemesraan kami seperti adik beradik dalam satu kumpulan kadang2 disalahertikan..rasanya yang paling tua kami anggap abang long dan yang paling bongsu kak su.Tapi biar apa persepsi mereka yang penting silaturrahim yang terjalin tetap berpanjangan.
Buat sahabat2ku...tiada apa yang dapat kusumbangkan selain dari menggembirakan kalian semua.

Thursday, September 10, 2009







PESERTA KURSUS HAK DI KUCHING



Sunday, September 6, 2009

Program Sinar Sejati




Pada 5 Sept baru2 ini Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Program pemulihan Khas telah mengadakan Program Sinar Suria bertujuan untuk membantu murid-murid lemah meningkatkan motivasi serta membimbing mereka supaya menjadi insan yang bertanggungjawab disamping mengeratkan silaturrahim antara murid,guru dan ibubapa.
Program ini melibatkan murid-murid Kelas Aliran Khas(KAK) tahun 4 dan 5.Pengisian program adalah Ceramah Keibubapaan dan aktiviti murid. Persembahan murid menunjukkan yang mereka juga berbakat .

Kursus P&P Matematik JU Zon Tengah











Pada 1-3 Sept 2009 ,Bahagian Pendidikan Khas KPM telah mengadakan Kursus P&P Matematik bagi Jurulatih Utama Pemulihan Khas Zon Tengah ( Selangor,Negeri Sembilan,Kuala Lumpur ,Putrajaya) di Hotel Costa Rica PD.
Peserta telah didedahkan dengan modul2 matematik yang dihasilkan oleh guru pemulihan serta slot motivasi.Keseluruhan kursus ini memang memberikan banyak input kepada peserta.Majlis penutup juga telah meninggalkan seribu kenangan buat mereka. Lagu Bukan aku tak cinta dinyanyikan bersama2 sambil menitiskan airmata.