Friday, April 30, 2010

Di ambang 16 Mei..

Nampaknya guru-guru SKJ3 yang mula membuat persiapan untuk sambutan Hari Guru pada 16 Mei nanti...cikgu Najmi, cikgu Jamy..cikgu Jeary...dan beberapa orang guru lagi....

Thursday, April 15, 2010

Mini Orkestra SKJ3



















Hari ini 16 April 2010 Mini Orkestra SKJ3 telah dijemput oleh TV3 dalam Rancangan Malaysia Hari Ini . Mini Orkestra SKJ3 adalah dibawah pimpinan En. Mohd Najmi b. Zamani(Guru Muzik) dan baru sahaja ditubuhkan .Rentak Budaya(mini orkestra) ini adalah merupakan salah satu niche area bagi Sekolah Kluster Kecemerlangan SKJ3. TAHNIAH ......

Tuesday, April 13, 2010

Lawatan....















Pada 14 April 2010,SKJ3 telah menerima lawatan 3 orang pegawai daripada Cawangan Dasar & Perancangan Sumber Manusia,Bahagian Sumber Manusia,KPM bagi mendapakan maklumat awal Kajian Impak Penambahbaikan Norma Perjawatan 0.2n & Penambahbaikan Norma Perjawaan Anggota Kumpulan Sokongan.

Maklumat -maklumat yang diperlukan semasa lawatan adalah senarai tugas dan jadual waktu bagi:

A)Guru Data,Guru Disiplin,S/U Peperiksaan,S/U Ko Ku,S/U Sukan,S/U HEM,S/U Kurikulum dan Ketua Panitia.

B) Salinan borang-borang yang berkaitan dan digunakan oleh semua guru termasuk guru-guru tugas khas.

Sesi lawatan dan perbincangan dengan guru-guru yang terlibat berakhir pada pukul 1.00 petang .

Friday, April 9, 2010

Program Sinar Suria SKJ3 2010





























Pada 27 mac baru- baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Pemulihan Khas telah mengadakan Program Sinar Suria 2010.Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang jati diri dan penyerapan motivasi kendiri untuk meningkat kesedaran sahsiah prestasi akademik. Sasaran program ini adalah murid-murid dari tahun 3, 4,5 Bakawali(kelas aliran khas).Slot pertama telah disampaikan oleh En. Jumasrizal pegawai dari JKM . Seterusnya slot LDK bersama bekas pelajar cemerlang SKJ3.Di akhir slot pelajar-pelajar diminta untuk membuat rumusan mengenai slot2 yang telah disampaikan .