Saturday, October 24, 2009

Kursus P&P di Segamat







Pada 21.10 saya telah dijemput oleh PPD Segamat untuk menyampaikan satu slot dalam Kursus P&P Bahasa Melayu dan Matematik Guru2 Pemulihan Khas Daerah Segamat 2009.



Perjalanan saya bermula pada 20 hb jam 3.30 ptg dari Bangi bersama Pn. Hjh Zaleha Ketua Unit Program Pemulihan Khas BPK, sampai di Sagil lbih kurang kul 6.30 kami berhenti kerana kehausan,selepas pekena te o limau suam kami teruskan pjalanan dan sampai di Segamat pada jam 7.45 mlm. Kedtangan kami disambut oleh ckgu Bad dan terus menghantar kami ke VIP Hotel.Selepas isyak kami turun untuk makan malam diluar tapi..diluar jangkan sewaktu turun lif kami terperangkap dalam lif lebih kurang 15 minit,puas tekan itu tekan ini tak bergerak2 dan terbuka akhirnya Pn. Hjh menelefon pada no perlu dihubungi jika terkurung dalam lif .Beberapa minit kemudian lif. berfungsi seperti biasa. Seram betul dibuatnya.
Keesokan harinya kul 7.15 kami dah keluar untuk ketempat kursus iaitu di Felcra Tebing Tinggi jauh juga pjalanan. Slot pagi Pn. Hjh Zaleha,slot kedua saya. Alhamdullillah saya telah dapat menyempurnakan tugas ytang telah diamanahkan. seronok berjumpa guru2 pemulihan Daerah Segamat. terima kasih buat En. Masnawi dan Cikgu Bad....layan habis.

Friday, October 9, 2009

Lawatan Kerja...














































Pada 8/10/2009 baru2 ini..Tan Sri Datuk Sri Panglima Abd Rahman Arshad (Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan telah mengadakan lawatan kerja ke SK. Jalan Tiga Bandar Baru Bangi.
Yang Berbahgia Tan Sri telah dibawa melawat ke persekitaran sekolah dan niche area(kebitaraan sekolah). Dalam ucapan beliau mengharapkan agar sekolah terus berusaha untuk meneruskan visi dan misi sekolah.Beliau juga mengharapkan supaya sekolah dapat melahirkan guru yang kreatif,inovatif dan proaktif da;am bidang akadrmik dan ko kurikulum.guru yang rajin menghidupkan kecemerlangan sekolah.
TAHNIAH BUAT WARGA SEJATI YANG BERUSAHA UNTUK KECEMERLANGAN SEKOLAH. Sebelum Tan Sri beredar saya sempat bergambar bersama beliau sebagai kenangan.

Monday, October 5, 2009

Bengkel P&P KIA2M Ekspres 2009











Hari ni 5.10.2009 saya telah dipertanggungjawabkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk memberi pendedahan kepada guru2 KIA2M Daerah Kuala Langat mengenai Program KIA2M Ekspres. Saya tidak keseorangan tetapi ditemani oleh Guru Cemerlang Negeri Selangor iaitu En. Radhi bin Misran. Beliau telah menjelaskan kaedah pengajaran menggunakan modul beliau.Saya cuma menjelaskan tentang tujuan KIA2M Ekspres dijalankan serta hasrat Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor agar dapat mengurangkan murid KIA2m selepas ujian pelepasan 2 dijalankan. Selain dari itu saya juga menjawab beberapa persoalan yang diajukan mengenai KIA2M...harap peserta berpuas hati.
Sebelum bersurai guru2 KIA2M Daerah Kuala Langat telah berikrar akan mengurangkan murid KIA2M semaksimum mungkin. Terima kasih cikgu.......

Friday, October 2, 2009

Rakan Seperjuangan....






















Pertama kali kami dipertemukan sewaktu Mesyuarat JU Pemulihan Khas Zon Semenanjung di Plaza Hotel KL. Sempat juga berkenal-kenalan walaupun masa tak mengizinkan. Ditakdirkan pada Februari 2007 kami dipertemukan sekali lagi di Langkawi untuk membina Modul Kursus Asas JU Pemulihan Khas.Sewaktu di Langkawi kami berkenalan secara lebih mendalam antara satu sama lain walaupun tidak tinggal sebilik. Sejak tu kami mula rapat dan sering bertanya khabar,kalau lama tak jumpa terasa rindu...Selepas pertemuan kedua diLangkawi kami dipanggil oleh Bahagian Pendidikan Khas untuk memberi ceramah kepada JU Pemulihan Khas Zon Semenanjung dan Borneo.Selain itu kami juga terlibat sebagai penceramah untuk Guru Pembimbing dan Kaunselor bagi menjelaskan peranan mereka dalam Program Pemulihan Khas. Akhir sekali kami terlibat dengan Projek HAK(Hapus,Atasi dan Kurangkan masalah murid yang tidak menguasai 3M).
Mungkin kerana mempunyai banyak persamaan menyebabkan kami intim.Kalau terlibat ngan kursus mesti tidur sebilik.....dah booking siang2.Kata orang teman ketawa senang dicari....teman menangis....insyaAllah...... Pah kau sedfia membantukan...... Ni..lh rakan seperjuanganku Pn. Latifah bt. Ali dari SK.Pelabuhan Kuantan.

Monday, September 14, 2009

HAK .....tinggal kenangan....






















Sedihnya rasa terpaksa berpisah dengan kumpulan yang terlibat dengan Projek HAK.
Susah senang kami sentiasa bersama sepanjang program.Rasanya dah banyak ilmu yang telah kami curahkan kepada JU2 Pemulihan Khas untuk Zon Timur,Utara,Tengah,Selatan,Borneo(Sabah & Sarawak).
Kuching sarawak merupakan destanasi terakhir kami..berbagai suka duka kami di sana.Kemesraan kami seperti adik beradik dalam satu kumpulan kadang2 disalahertikan..rasanya yang paling tua kami anggap abang long dan yang paling bongsu kak su.Tapi biar apa persepsi mereka yang penting silaturrahim yang terjalin tetap berpanjangan.
Buat sahabat2ku...tiada apa yang dapat kusumbangkan selain dari menggembirakan kalian semua.

Thursday, September 10, 2009







PESERTA KURSUS HAK DI KUCHING



Sunday, September 6, 2009

Program Sinar Sejati




Pada 5 Sept baru2 ini Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Program pemulihan Khas telah mengadakan Program Sinar Suria bertujuan untuk membantu murid-murid lemah meningkatkan motivasi serta membimbing mereka supaya menjadi insan yang bertanggungjawab disamping mengeratkan silaturrahim antara murid,guru dan ibubapa.
Program ini melibatkan murid-murid Kelas Aliran Khas(KAK) tahun 4 dan 5.Pengisian program adalah Ceramah Keibubapaan dan aktiviti murid. Persembahan murid menunjukkan yang mereka juga berbakat .

Kursus P&P Matematik JU Zon Tengah











Pada 1-3 Sept 2009 ,Bahagian Pendidikan Khas KPM telah mengadakan Kursus P&P Matematik bagi Jurulatih Utama Pemulihan Khas Zon Tengah ( Selangor,Negeri Sembilan,Kuala Lumpur ,Putrajaya) di Hotel Costa Rica PD.
Peserta telah didedahkan dengan modul2 matematik yang dihasilkan oleh guru pemulihan serta slot motivasi.Keseluruhan kursus ini memang memberikan banyak input kepada peserta.Majlis penutup juga telah meninggalkan seribu kenangan buat mereka. Lagu Bukan aku tak cinta dinyanyikan bersama2 sambil menitiskan airmata.

Saturday, August 29, 2009

Sekolah Kluster Kecemerlangan SKJ3






















TAHNIAH.......
Sekalung tahniah buat semua warga SEJATI(SEKOLAH JALAN TIGA) kerana telah dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada bulan April lepas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya juga terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Bertindak untuk sekolah kluster atau dikenali sebagai Think Thank Group.Baru-baru ini kami berkampung selama 3 monggu bagi menyiapkan Perancangan Strategik dan Request For Proposal(RFP) untuk dihantar ke Kementerian .Alhamdulillah akhirnya siap juga...TK kepada TTG yang bertungkus lumus ....TAHNIAH SEMUA.....

Monday, August 24, 2009

Kelas Pemulihan Khas SKJ3





































Inilah wajah Kelas Cahayaku SKJ3 selepas di naik taraf. Kini 90% keceriaan dah siap ....cuma tinggal 10% lagi ....bila agaknya siap sepeuhnya......