Saturday, October 24, 2009

Kursus P&P di Segamat







Pada 21.10 saya telah dijemput oleh PPD Segamat untuk menyampaikan satu slot dalam Kursus P&P Bahasa Melayu dan Matematik Guru2 Pemulihan Khas Daerah Segamat 2009.



Perjalanan saya bermula pada 20 hb jam 3.30 ptg dari Bangi bersama Pn. Hjh Zaleha Ketua Unit Program Pemulihan Khas BPK, sampai di Sagil lbih kurang kul 6.30 kami berhenti kerana kehausan,selepas pekena te o limau suam kami teruskan pjalanan dan sampai di Segamat pada jam 7.45 mlm. Kedtangan kami disambut oleh ckgu Bad dan terus menghantar kami ke VIP Hotel.Selepas isyak kami turun untuk makan malam diluar tapi..diluar jangkan sewaktu turun lif kami terperangkap dalam lif lebih kurang 15 minit,puas tekan itu tekan ini tak bergerak2 dan terbuka akhirnya Pn. Hjh menelefon pada no perlu dihubungi jika terkurung dalam lif .Beberapa minit kemudian lif. berfungsi seperti biasa. Seram betul dibuatnya.
Keesokan harinya kul 7.15 kami dah keluar untuk ketempat kursus iaitu di Felcra Tebing Tinggi jauh juga pjalanan. Slot pagi Pn. Hjh Zaleha,slot kedua saya. Alhamdullillah saya telah dapat menyempurnakan tugas ytang telah diamanahkan. seronok berjumpa guru2 pemulihan Daerah Segamat. terima kasih buat En. Masnawi dan Cikgu Bad....layan habis.

1 comment:

  1. Kesian kalian yang terperangkap dalam lif. Kat Segamat tu ada buat senaman poco-poco atau joget ayam tak ?

    ReplyDelete