Saturday, August 29, 2009

Sekolah Kluster Kecemerlangan SKJ3






















TAHNIAH.......
Sekalung tahniah buat semua warga SEJATI(SEKOLAH JALAN TIGA) kerana telah dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada bulan April lepas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya juga terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Bertindak untuk sekolah kluster atau dikenali sebagai Think Thank Group.Baru-baru ini kami berkampung selama 3 monggu bagi menyiapkan Perancangan Strategik dan Request For Proposal(RFP) untuk dihantar ke Kementerian .Alhamdulillah akhirnya siap juga...TK kepada TTG yang bertungkus lumus ....TAHNIAH SEMUA.....

Monday, August 24, 2009

Kelas Pemulihan Khas SKJ3





































Inilah wajah Kelas Cahayaku SKJ3 selepas di naik taraf. Kini 90% keceriaan dah siap ....cuma tinggal 10% lagi ....bila agaknya siap sepeuhnya......

Thursday, August 20, 2009

Sembang2

Selama hampir 20 tahun bergelar pendidik berbagai pengalaman pahit,maung,masam,manis manis yang telah ditempuhi.Selesai menghabiskan pengajian di MPKB tahun 1989 saya ditempatkan di SK. Sg. Merab Luar ,Kajang kerana mengikut suami.7 tahun berada disana sebagai guru asas saya bertukar ke SK. Jalan Tiga,B.B.Bangi. Bermulalah era saya sebagai Guru Pemulihan Khas sehingga kini.Entah mengapa....hati ini terlalu sayang untuk meninggalkan bidang tugas yang begitu sebati dengan jiwa saya. Selain menjalankan program pemulihan kepada murid yang tidak menguasai 3 M saya juga dapat menghias Bilik Pemulihan mengikut kreativiti saya.

Tuesday, August 18, 2009

Program HAK 2009





































Bermula pada April 2009 saya terlibat dengan Program HAK (Hapus .Atasi dan Kurangkan 3M) anjuran Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Tugasan saya adalah untuk berkongsi ilmu dengan Jurulatih2 Utama Pemulihan Khas di Malaysia agar dapat menghasilkan bahan P&P Pemulihan Khas. Lokasi kami adalah di Kota Bharu untuk Zon Timur,Alor Setar Kedah untuk Zon Utara.Tg.Piai untuk Zon Selatan,Kota Kinabalu untuk Zon Sabah dan Kuching untuk Zon Sarawak. Sepanjang roadshow kami barisan penceramah begitu seronok sekali kerana setiap lokasi meninggalkan seribu kenangan yang tak dapat saya lupakan selagi hayat dikandung badan. Dipaparkan rakaman sepanjang roadshow tersebut.

SALAM PERKENALAN



Nampaknya berjaya juga nak buat blog sendiri untuk bertukar-tukar idea dgan rakan guru.
Sekurang-kurangnya dapat juga menambah kenalan lebih-lebih dengan guru-guru pemulihan yang ada di Malaysia.