Wednesday, October 6, 2010

Kursus Pengurusan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas








Pada 4-7 hb Oktober JPS telah mengadakan Kursus Pengurusan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas di Hotel Rossa Passedena..Seramai 58 orang terlibat dlm Kursus tersebut..Saya telah diamanahkan untyk menyampaikan 2 slot iaitu Strategi Pelaksanaan Program Pemulihan Khas dan P & P Matematik...alhamdulillah...peserta memberikan komitmen sepenuhnya ..di akhir slot diadakan pebentangan bengkel oleh peserta...

Wednesday, September 22, 2010

Minggu UPSR




21-23hb Sept..murid2 tahun 6 menjalani UPSR.
Sepanjang UPSR berjalan guru2 yg tidak menjaga peperiksaan, diberi tugasan di sekolah.
Antara tugasannya adalah pengurusan fail,pengurusan maklmal bahasa,pengurusan UPSR dan
pengurusan parking.Bagi pengurusan parking guru-guru kepada kerja2 membuat label parking dan membuat lot2 parking untuk guru mengikut jawatan penting di sekolah.

Thursday, September 2, 2010

Aktiviti Bulan Ramadhan...







Ramadhan dh hampir sampai ke penghujungnya...Semalam 2September telah diadakan ProgramIhya Ramadhan & Tilawah Al-Quran peringkat sekolah..Antara aktiviti yang dijalankan :Tadarus Al-Quran dan Pertandingan Buku Skrap (Tahap 2) Pertandingan Bacaan Doa,Pertandingan Selawat dan Pertandingan Nasyid(Tahap 1).Berbakat..rupaya anak-anak ini...

Lawatan Kerja Pelajar IPG Kampus Raja Melewar








Pada 24 Ogos lepas seramai 2o pelajar beserta 2 pensyarah telah mengadakan lawatan kerja ke Kelas Pemulihan Khas SJK3.Tujuan lawatan adalah untuk melihat pelaksanaan Program Pemulihan Khas SKJ3.Sebelum lawatan rombongan telah diberikan taklimat mengenai profil sekolah oleh Guru Besar dan taklimat Program Pemulihan oleh Pn.Salmah (Guru Pemulihan Khas)Selepas selesai sesi taklimat rombongan IPG Kampus Raja Melewar telah dibawa melihat ke Bilik Pemulihan Khas..terima kasih kepada guru-guru pelatih dan 2 orang pensyarah(Pn. Nor Azzam dan En. Ruslani).

Wednesday, June 23, 2010

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENGURUSAN PROGRAM LINUS NKRA 2010 DAERAH HULU LANGAT








Kursus tersebut telah di adakan pada 22.6-24.6.2010 bertempat di Adamson Hotel KL. Antara pengisian kursus ialah : Taklimat Saringan 2,Pengurusan Stress dalam P&P.Pengurusan P&P linus dan keperluan ABM berkesan,Komunikasi Berkesan dalam P&P Linus.

Thursday, June 10, 2010

Program Titian Ilmu....Memori semalam...





Pada bulan Mac lepas seramai 40 pelajar IPG Kampus Sultan Mizan dan IPG Kampus Islam Selangor telah mengadakan lawatan ke Bilik Pemulihan Khas. Tujuan lawatan tersebut adalah ingin melihat sendiri pelaksanaan Program Pemulihan Khas. Terima kasih kepada En. Mohd Zain pensyarah IPG kampus Sultan Mizan dan Pn. Maisarah pensyarah IPG kampus Islam Selangor..kerana sudi bertandang...

Wednesday, June 9, 2010

Hari Guru SKJ3..



SKJ3 telah mengadakan sambutan hari guru pada 21 Mei lepas..berbagai acara telah dipersembahkan..saya juga tak ketinggalan bsama2 guru tahun satu membuat persembahan iaitu Dikir Linus..setelah di nilai oleh juri profesional kumpulan saya telah mendapat tempat ke tiga ...tahniah diucapkan..

Friday, April 30, 2010

Di ambang 16 Mei..

Nampaknya guru-guru SKJ3 yang mula membuat persiapan untuk sambutan Hari Guru pada 16 Mei nanti...cikgu Najmi, cikgu Jamy..cikgu Jeary...dan beberapa orang guru lagi....

Thursday, April 15, 2010

Mini Orkestra SKJ3



















Hari ini 16 April 2010 Mini Orkestra SKJ3 telah dijemput oleh TV3 dalam Rancangan Malaysia Hari Ini . Mini Orkestra SKJ3 adalah dibawah pimpinan En. Mohd Najmi b. Zamani(Guru Muzik) dan baru sahaja ditubuhkan .Rentak Budaya(mini orkestra) ini adalah merupakan salah satu niche area bagi Sekolah Kluster Kecemerlangan SKJ3. TAHNIAH ......