Friday, October 2, 2009

Rakan Seperjuangan....






















Pertama kali kami dipertemukan sewaktu Mesyuarat JU Pemulihan Khas Zon Semenanjung di Plaza Hotel KL. Sempat juga berkenal-kenalan walaupun masa tak mengizinkan. Ditakdirkan pada Februari 2007 kami dipertemukan sekali lagi di Langkawi untuk membina Modul Kursus Asas JU Pemulihan Khas.Sewaktu di Langkawi kami berkenalan secara lebih mendalam antara satu sama lain walaupun tidak tinggal sebilik. Sejak tu kami mula rapat dan sering bertanya khabar,kalau lama tak jumpa terasa rindu...Selepas pertemuan kedua diLangkawi kami dipanggil oleh Bahagian Pendidikan Khas untuk memberi ceramah kepada JU Pemulihan Khas Zon Semenanjung dan Borneo.Selain itu kami juga terlibat sebagai penceramah untuk Guru Pembimbing dan Kaunselor bagi menjelaskan peranan mereka dalam Program Pemulihan Khas. Akhir sekali kami terlibat dengan Projek HAK(Hapus,Atasi dan Kurangkan masalah murid yang tidak menguasai 3M).
Mungkin kerana mempunyai banyak persamaan menyebabkan kami intim.Kalau terlibat ngan kursus mesti tidur sebilik.....dah booking siang2.Kata orang teman ketawa senang dicari....teman menangis....insyaAllah...... Pah kau sedfia membantukan...... Ni..lh rakan seperjuanganku Pn. Latifah bt. Ali dari SK.Pelabuhan Kuantan.

3 comments: