Monday, October 5, 2009

Bengkel P&P KIA2M Ekspres 2009











Hari ni 5.10.2009 saya telah dipertanggungjawabkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk memberi pendedahan kepada guru2 KIA2M Daerah Kuala Langat mengenai Program KIA2M Ekspres. Saya tidak keseorangan tetapi ditemani oleh Guru Cemerlang Negeri Selangor iaitu En. Radhi bin Misran. Beliau telah menjelaskan kaedah pengajaran menggunakan modul beliau.Saya cuma menjelaskan tentang tujuan KIA2M Ekspres dijalankan serta hasrat Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor agar dapat mengurangkan murid KIA2m selepas ujian pelepasan 2 dijalankan. Selain dari itu saya juga menjawab beberapa persoalan yang diajukan mengenai KIA2M...harap peserta berpuas hati.
Sebelum bersurai guru2 KIA2M Daerah Kuala Langat telah berikrar akan mengurangkan murid KIA2M semaksimum mungkin. Terima kasih cikgu.......

1 comment: